Adakah Tindakan Kerajaan China Ini Akan Mencetuskan Panik Dalam Pasaran Bitcoin?

893

Pada awal minggu ini, dunia matawang kripto dikejutkan dengan berita penutupan industri lombong bitcoin. Pembuat dasar negara tersebut dilaporkan sedang dalam proses permohonan kepada pihak kerajaan agar menuntup segala aktiviti pelombongan bitcoin di sekitar wilayahnya. Berita ini berdasarkan dokumen yang bocor di internet.

Berdasarkan daripada laporan Bloomberg dan Reuters pada awal tahun baru, China juga merencanakan untuk membataskan bekalan elektrik kepada pelombong bitcoin.

Pihak kerjaan telah mengeluarkan dokumen rasmi kepada pelombong/miners Bitcoin China agar menyerahkan laporan aktiviti pelombongan termasuk kemudahan yang digunakan dan jumlah individu yang keluar daripada perniagaan lombongan.

Syarikat perlombongan Bitcoin juga diarahkan untuk menghantar laporan setiap awal bulan.

Ada yang mengatakan peraturan ini dikeluarkan rentetan daripada pengumuman keputusan Bank Pusat China pada September 2017 yang merencanakan untuk menutup operasi pasaran bitcoin di negara tersebut. China juga telah melarang penerbitan coin baru atau initial coin offerings (ICO).

Menurut profesor dari Harvard University, Profesor Kenneth S Rogoff berpendapat matwang digital bitcoin boleh terancam berikutan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat