Adakah USD/JPY Akan Pecah Rekod Tertinggi Sejak 1998 Lagi?

131

Jangan dilupakan bank pusat Jepun pada Khamis ini juga turut akan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka di sesi Asia setelah menyusuli mesyuarat FOMC yang terlebih dahulu menjadi tumpuan pada awal pagi itu.

Berbeza berbanding Federal Reserve (Fed), Bank of Japan (BOJ) dijangka untuk masih mengekalkan kadar faedah rendah di paras -0.10% dan polisi monetari ultra-longgar.

Justeru, mata wang Yen dijangka untuk bergerak suram sehingga ke penghujung minggu sementara US dolar berpotensi untuk menyinar menuju minggu berikutnya.

Pelabur menanti untuk Fed meneruskan kenaikan kadar faedah agresif dengan peningkatan 75 mata asas kali ketiga berturut-turut untuk mesyuarat kali ini.

Mari meneliti pergerakan harga bagi kedua-dua mata wang ini pada carta harga pasangan USD/JPY minggu ini.

Harga dilihat memulakan pergerakan yang perlahan di awal minggu dengan mengekalkan corak mendatar sejak minggu lalu lagi dalam julat zon 143.700 dan 142.700.

Pergerakan harga juga dilihat melingkar di paras Moving Average 50 (MA50) di carta USD/JPY pada rangka masa 1 jam yang masih belum memberi petunjuk lebih jelas untuk pergerakan selanjutnya.

Ini jangkaan penganalisis unutk pergerakan harga selepas keputusan mesyuarat bagi kedua-dua bank pusat setelah pergerakan harga mendatar yang dipaparkan.

Sekiranya berlaku lonjakan harga, zon rintangan pada 145.00 akan kembali diuji untuk minggu ketiga berturut-turut.

2 minggu sebelum ini telah menyaksikan kenaikan harga menguji zon tersebut namun masih gagal untuk menembusinya.

Sekiranya kenaikan harga berjaya tembusi zon tersebut, sasaran terbaru adalah untuk menuju ketinggian 147.00 sekaligus terus mencatatkan rekod harga tertinggi terbaru sejak 1998.

Sementara untuk jangkaan penurunan harga, melepasi paras 142.700 akan mendorong pula harga menguji paras tumpuan lebih rendah pada sekitar 141.700.

Penurunan yang dilanjutkan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 140.300 dengan pergerakan trend bearish yang dipaparkan.

Lihat carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat