Adakah Zon Support 1.10900 Mampu Ditembusi Harga Pada EUR/USD Minggu Ini?

372

Dagangan pasangan matawang EUR/USD mempamerkan penurunan ketara pergerakan harga pada Jumaat lalu selepas kenaikan harga sejak awal minggu.

Harga yang mencapai paras tertinggi mingguan sekitar 1.11700 pada Khamis kemudiannya telah kembali menurun bersambung pada dagangan Jumaat mencecah paras terendah mingguan sekitar 1.10850 di zon support.

Penurunan mingguan hampir mencecah 90 pips itu adalah didorong oleh pengukuhan US dolar susulan penerbitan data ekonomi Amerika Syarikat yang baik.

Harga yang turun melepasi paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) dan juga lakaran trendline semasa pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD menunjukkan isyarat awal trend bertukar bearish.

Namun begitu harga masih gagal menembusi zon support yang diuji pada 2 minggu sebelumnya.

Dagangan dolar Euro juga dijangka lemah pada awal minggu ini menjelang keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah, European Central Bank (ECB) pada Khamis.

Harga yang memulakan dagangan pada minggu ini di paras support minggu lalu kemudiannya telah membuat kenaikan perlahan ke paras tumpuan 1.11000.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji halangan dinamik MA50 sebelum kembali menyambung penurunan semula.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, berkemungkinan paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu bakal menjadi destinasi tumpuan harga.

Sebaliknya, penurunan harga dijangka akan cuba menembusi zon support 1.10900 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat