Adobe Perkenalkan Ciri Pengesahan Keaslian NFT Di Aplikasi Photoshop

252

Adobe telah mengikat kerjasama dengan beberapa pasaran non-fungible token (NFT) termasuk OpenSea, KnownOrigin, Rarible, dan SuperRare dalam usaha untuk memperkenalkan ciri Content Credentials.

Kehadiran fungsi baru ini adalah bertujuan untuk memastikan keaslian kandungan digital penggunanya. Photoshop, Behance, dan Stock antara aplikasi yang akan menerima awal ciri ini.

Ini bermakna, pencipta NFT boleh menghubungkan ID Adobe dengan wallet kripto, termasuk informasi media sosial ke dalam metadata token sebelum karya mereka disenaraikan ke platform-platform itu.

Usaha yang diketengahkan Adobe sedikit sebanyak akan membantu mengatasi penipuan, isu informasi tidak benar dengan kehadiran atribusi dan kesahihan kandungan.

Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif yang masih aktif sejak dua tahun lalu, dikenali sebagai Content Authenticity Initiative (CAI).

Program tersebut diterajui oleh Adobe dan terdiri oleh BBC, Getty Images, Microsoft Corporation, dan Nikor ADR sebagai ahlinya.

Secara tidak langsung organisasi-organisasi ini turut terkesan dengan kehadiran fungsi Content Credentials.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat