ADP: Amerika Tambah 135,000 Pekerjaan Sektor Swasta Pada Bulan Lalu!

291

Data pekerjaan  ADP (Automatic Data Processing) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan pertambahan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat bertumbuh dengan lebih perlahan daripada jangkaan pada bulan September.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan jumlah pekerja sektor swasta meningkat sebanyak 135,000 berbanding jangkaan yang mensasarkan 140,000 bilangan pekerjaan pada bulan September. Dalam masa yang sama, bilangan tambahan pekerjaan pada bulan Ogos dinilai semula kepada 157,000 daripada bacaan sebelumnya iaitu 195,000.

Data  yang dikeluarkan ini menambah lagi tekanan kepada ekonomi Amerika Syarikat. Pada hari Selasa, data menunjukkan aktiviti perkilangan A.S telah merosot pada bulan September. Ramai yang mengkhuatirkan bahawa pertumbuhan yang perlahan dalam sektor pembuatan akan merebak kepada sektor lain.

Menurut naib pengerusi badan penyelidikan ADP, Ahu Yildirmaz, ‘ pasaran pekerjaan telah menunjukkan tanda-tanda kelembapan. Purata pertumbuhan pekerjaan untuk 3 bulan ini hanya berjaya mencatat peningkatan 145,000 uni,  jatuh daripada 214,000 bagi tempoh yang sama.

Tambah pakar ekonomi Moody’s Analytics, Mark Zandi, ‘ Sektor perniagaan semakin berhati-hati dalam meningkatkan bilangan pekerja mereka.

Jabatan Buruh akan mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih rinci iaitu NFP pada hari Jumaat ini dengan jangkaan bilangan pekerjaan akan meningkat sebanyak 145,000 pada bulan September dan kadar pengangguran akan kekal pada paras 3.7%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat