ADP: Kanada Tambah 30,400 Pekerjaan Pada Bulan Lalu!

225

Jumlah pekerjaan di Kanada bertambah sebanyak 30,400 pekerjaan pada bulan lalu berbanding bulan Mei. Matawang USDCAD menunjukkan sedikit reaksi selepas data ini dikeluarkan dengan pengukuhan sehingga paras 1.30842 setakat ini.

Pada bulan Mei, data ADP telah menunjukkan kemerosotan sebanyak 36,700 pekerjaan setelah dinilai semula. Peningkatan jumlah pekerjaan pada bulan Jun, didorong oleh sektor pembinaan yang menambah 10,400 pekerjaan. Selain itu, sektor perniagaan, professional dan perkhidmatan menyumbang sebanyak 8,800 pekerjaan. Manakala sektor pengangkutan dan utiliti menambah sebanyak 7,000 pekerjaan.

Laporan ADP adalah berdasarkan analisis data daripada 40,000 syarikat.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat