ADP-NFP Merekodkan Bacaan 204,000 Pada Bulan Lalu

604

Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat meningkat sehingga 204,000 pada bulan lalu melebihi jangkaan pasaran 200,000. Tidak banyak reaksi matawang US dolar selepas data ini dikeluarkan pada pukul 8.15 malam tadi.

Data pekerjaan ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing), manakala data NFP pula dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. sendiri.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak beberapa bulan lalu. Ini menunjukkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 5 Mei ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan lalu akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang besar kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat