Aduh! Arab Saudi Naikkan Lagi Harga Jualan Rasmi Minyak

451

Emas hitam meningkat selepas Arab Saudi menaikkan harga minyak mentahnya yang dijual ke Asia dan Amerika Syarikat, menandakan keyakinannya terhadap prospek permintaan walaupun terdapat penularan varian coronavirus Omicron.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent menokok sekitar 1.8% kepada $71.20 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula meningkat sebanyak 2% pada $67.65 setong.
Arab Saudi sekali lagi menaikkan harga jualan rasmi bagi bulan Januari untuk semua gred minyak mentah yang dijual ke Asia dan Amerika Syarikat.

Harga jualan rasmi ke Asia untuk minyak mentah Arab Light dinaikkan sebanyak $0.60 sen kepada $3.30. Perbezaan kenaikan Januari dan Disember adalah yang tertinggi dalam tempoh hampir 2 tahun. Sementara ke Amerika Syarikat pula, harga jualan bertambah kepada $2.15 setong.

Kenaikan itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, OPEC+ memutuskan untuk terus dengan tambahan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada Januari.

Walaupun dagangan komoditi itu meningkat, tetapi ketidakpastian mengenai Omicron masih membelenggu pasaran yang bimbang ia akan menjejaskan permintaan bahan bakar global dengan ketara memandangkan lebih banyak negara telah memperketatkan sekatan sempadan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat