Aduh! Baru Sahaja Pasaran Hendak Optimis, Harga BTC Tiba-Tiba Jatuh Merundum!

1,402

Data Indeks Harga Pengguna bagi bulan Ogos baru sahaja dikeluarkan dan seperti biasa ia telah memberi impak kepada pasaran dengan turun naik yang besar.

Semasa penulisan, pasaran kripto telah terkesan dengan laporan CPI. Harga Bitcoin telah jatuh dengan mendadak. Pada awalnya, pasaran optimis bahawa harga BTC akan tembus $23K, dimana angka tersebut dilihat tanda momentum menaika untuk BTC.

Laporan sebentar tadi menunjukan IHP atau CPI untuk bulan Ogos melebih jangkaan. Inflasi bulan Ogos mencatat angka bacaan pertumbuhan 8.3%, iaitu 0.2% lebih tinggi daripada jangkaan pakar. Ini mewakili peningkatan 0.1% bulan ke bulan.

Ketika penulisan harga BItcoin telah jatuh kepada 21,430.03, penurunan sebanyak 4% dalam tempoh 24 jam. Manakala Ethereum jatuh hampir 8% kepada paras dagangan $1,611.00 Kehilangan $50 juta dalam sejam yang lalu.

Para pelabur akan memberi tumpuan pada gabungan Ethereum dimana acara tersebut akan berlangsung lagi 2 hari lagi. Pelabur juga mungkin mengambil kira kesukaran teknikal gabungan itu. Penggabungan itu akan mengalihkan mekanisme konsensus Ethereum daripada Bukti kerja kepada Bukti kepentingan. Tugas itu memerlukan banyak ketelitian teknikal. Jika apa-apa berlaku, harga Ethereum akan menjunam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat