Aduh! Bukan Ini Yang Diharapkan Trader Minyak

270

Pergerakan suram dalam dagangan komoditi hitam menghiasi pasaran pada sesi Asia di tengah-tengah kebimbangan para pelabur terhadap kes coronavirus global yang saban hari terus mencatatkan peningkatan.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $52.30 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula sedikit meningkat pada $55.66 setong.

Kenaikan harga minyak terhenti selepas melonjak ke paras tertinggi sejak Februari, dengan pengukuhan US dolar mengurangkan daya tarikan buat dagangan komoditi itu selain turut dipengaruhi kekhuatiran pasaran terhadap permintaan bahan bakar.

Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi angka 90 juta pada hari Isnin, ketika banyak negara menanti untuk menerima vaksin dan sekatan lebih ketat dilaksanakan untuk memerangi penularan varian baru wabak yang dikesan di UK.

China, pengguna kedua terbesar minyak mentah dunia, kini sedang berdepan dengan gelombang baru jangkitan coronavirus dengan pihak berkuasa melaksanakan sekatan pergerakan di ibu kota Hebei, Shijaizuang yang juga menjadi pusat kepada penularan.

Sementara itu, bekalan minyak mentah AS dijangka mencatatkan penurunan untuk minggu kelima berturut-turut menyebabkan penurunan harga minyak terbatas dan bergerak perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat