Aduh! Emas Papar Aksi Tidak Bertenaga

902

Memulakan dagangan pada sesi Asia, harga emas dilihat bergerak perlahan ketika pelabur menantikan petunjuk jelas untuk menggerakkan logam berharga itu.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan sedikit berubah pada $1,788 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,790 per auns.

Kebimbangan pasaran terhadap varian coronavirus Omicron dilihat semakin mereda berbanding reaksi awal yang ditunjukkan pada hari Jumaat lalu. Namun, pelabur masih lagi mengambil langkah berhati-hati untuk meletakkan posisi.

Laporan terkini menunjukkan bahawa varian baharu yang dikesan di Afrika Selatan itu mungkin lebih ringan daripada sebelumnya.

Namun, pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut memberi amaran bahawa varian ini menimbulkan risiko tinggi dalam lonjakan jangkitan di seluruh dunia.

Hasil bon AS 10 tahun terus bergerak di sekitar tahap yang sama, pada 1.50% yang menunjukkan ketidakpastian pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi AS daripada ancaman varian terbaharu ini.

Dolar greenback juga memaparkan penyusutan, tetapi harga emas dilihat gagal meneruskan kenaikan yang agresif dengan diniagakan pada sekitar harga yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat