Aduh! Emas Tergelincir Semula

496

Emas berundur dari paras ketinggian empat minggu susulan kebangkitan semula dagangan US dolar dan hasil bon AS yang lebih tinggi.

Beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) telah bercakap mengenai dasar monetari semasa pada Selasa di mana ia dilihat memberi sedikit sokongan buat dolar greenback untuk meningkat.

Presiden Fed St Louis, James Bullard memberitahu jika inflasi tidak bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah bank pusat, maka ia perlu untuk kekal ‘lebih tinggi untuk lebih lama’.

Susulan itu, pelabur kini meletakkan jangkaan untuk peningkatan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat September.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga meningkat semula kepada 2.70% dari paras terendah empat bulan.

Bagaimanapun, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat membantu mengekang logam berharga emas daripada susut lebih rendah.

Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi dilaporkan telah mendarat di Taiwan untuk lawatan peringkat tertinggi pada Selasa, sekali gus meningkatkan lagi kemarahan China dengan mengenakan langkah sekatan terhadap lebih 100 barang import dari Taipei.

Pada sesi Asia, emas didagangkan pada $1,764 per auns, susut dari puncak tertinggi $1,788 per auns yang dicapai pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat