Aduh! Kenapa Emas Kecundang Walaupun Inflasi AS Tinggi?

1,390

Inflasi Amerika Syarikat sekali lagi mengejutkan pasaran dengan meningkat lebih tinggi pada bulan Januari, namun reaksi pelabur emas kini berbeza apabila logam berharga itu menunjukkan kejatuhan di bawah harga $1,830.

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat kepada 7.5% tahun ke tahun pada Januari, melebihi jangkaan untuk kenaikan 7.3%, paling tinggi hampir 40 tahun. Sementara pada asas bulanan pula, CPI turut meningkat kepada 0.6% daripada unjuran 0.5%.

Dagangan emas pada mulanya mencatat peningkatan susulan terbitan angka inflasi yang di luar jangkaan, namun kembali susut selepas diheret jatuh oleh US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak.

Ini ekoran kenyataan daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed) James Bullard yang memberi indikasi bahawa terdapat kenaikan kadar faedah sehingga 100 mata asas sebelum bulan Julai, di mana kenaikan 50 mata asas mungkin dibuat pada Mac.

Jangkaan lebih agresif ini telah mendorong emas untuk merosot selepas melonjak pada $1,841 per auns sebaik sahaja data diterbitkan. Pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar pada $1,826 per auns.

Susulan kenyataan tersebut juga, penanda aras hasil bon AS menyentuh 2% buat pertama kali sejak Ogos 2019 dan turut merangsang US dolar untuk turut meningkat berbanding mata wang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat