Aduh Korea Utara, Sampai Bila Nak Mengelak?

328

Penggodam Korea Utara yang disyaki baru-baru ini didakwa turut cuba menyerang sekurang-kurangnya 9 organisasi kesihatan, termasuk syarikat gergasi farmasi Johnson & Johnson dan pembangun vaksin Novavax Inc.

Berikutan dengan insiden berkenaan, seramai 4 orang penyiasat mendedahkan bahawa percubaan penggodaman bermula pada bulan September, dan menggunakan domain web yang meniru portal masuk dalam talian untuk memperdayakan kakitangan organisasi yang disasarkan bagi mendedahkan kata laluan mereka.

Bahkan suspek juga menyasarkan syarikat pembuat ubat dan vaksin Britain, AstraZeneca, yang pertama kali menerima serangan demikian.

Meskipun Korea Utara belum mengesahkan adanya jangkitan Covid-19 di negara berkenaan, tetapi Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan mengatakan bahawa penularan wabak di sana tidak dapat dielakkan kerana mereka melakukan perdagangan dengan China sebelum menutup sempadan pada akhir Januari.

Menurut tinjauan, domain web yang digunakan oleh penyerang sebelum ini telah dikenal pasti oleh pemerintah AS dan penyelidik keselamatan sebagai sebahagian daripada kempen penggodaman Korea Utara.

Manakala sasaran lain yang dikenal pasti sebagai mangsa penggodaman termasuk Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess di Boston, University of Tuebingen di Jerman, dan 4 buah firma farmasi Korea Selatan iaitu Genexine Inc, Boryung Pharma Co Ltd, Shin Poong Pharm Co Ltd dan Celltrion Inc.

Walau bagaimanapun, Misi Korea Utara ke PBB di New York mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan malah telah menafikan bahawa mereka terbabit dengan serang siber sebelum ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat