Aduh! Makin Rendah Pula USD Jatuh

525

Dagangan matawang utama terus meraih pengukuhan berbanding US dolar yang lemah ditekan oleh kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS sekali gus mendorongnya menghampiri paras terendah dua tahun.

Dolar greenback susut 0.2% kepada 92.651 berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi Asia.

Kebimbangan terhadap hubungan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia telah mempengaruhi pasaran. Kenyataan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross bahawa China telah melakukan pembelian yang besar ke atas barangan Amerika pada awalnya sedikit melegakan pelabur.

Walaubagaimanapun, pengumuman Jabatan Perdagangan AS bahawa ia telah menyenarai hitamkan 38 lagi sekutu Huawei di 21 negara, kembali mencetuskan kekhuatiran terhadap hubungan dua negara itu.

Sementara itu, dolar Aussie yang meningkat lebih tinggi di sesi Asia hari ini, mula mempamerkan sedikit penyusutan setelah China mengumumkan bahawa ia akan memulakan siasatan anti-lambakan terhadap import wain dari Australia.

Tindakan ini berkemungkinan akan meningkatkan lagi ketegangan antara Canberra dan Beijing yang sebelum ini telah diburukkan oleh pengenaan tarif terhadap import barli dan menggantung import daging dari Australia dan memberi amaran kepada pelajarnya yang ingin ke Australia.

Dolar kiwi pula terus didagangkan di bawah tekanan berikutan kebimbangan terhadap ancaman gelombang kedua Covid-19 dan kemungkinan perlaksanaan kadar faedah negatif oleh bank pusat.

Dalam pada itu, pound sterling terus memanjangkan pengukuhannya namun kekal didagangkan berwaspada menjelang rundingan perdagangan Brexit UK-EU yang akan bermula pada hari ini.

Selain itu, matawang euro juga kekal menguat dengan terus diniagakan meningkat menghampiri paras harga 1.1900 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat