Aduh! Matawang Utama Masih Lemah Disebabkan Faktor Ini

429

Meniti masuk ke pembukaan dagangan sesi Eropah, US dolar kekal didagangkan stabil di sekitar paras ketinggian dua minggu berbanding pesaing utamanya.

Sentimen berisiko dilihat terus membelenggu pasaran ketika kemelut antara Ukraine dan Rusia semakin meningkat menyebabkan pelabur beralih kepada aset dan mata wang safe-haven.

Ini sekali gus menyokong US dolar sebagai safe-haven untuk meningkat, selain ia juga mendapat dorongan menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Sementara itu, mata wang sensitif risiko, dolar Aussie gagal mengekalkan keuntungan daripada bacaan inflasi Australia yang meningkat tinggi pada suku keempat menyebabkannya kekal didagangkan di sekitar paras terendah sejak Disember 2021.

Dolar kiwi turut menderita disebabkan ketidaktentuan yang menghantui pasaran mata wang, membawanya jatuh ke tahap paling rendah sejak November 2020.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, pound sterling terus melemah di paras terendah tiga minggu selepas dikecewakan oleh bacaan data pembuatan dan perkhidmatan yang menunjukkan pertumbuhan perlahan pada bulan Januari.

Euro turut merosot ke tahap terlemah dua minggu disebabkan pengukuhan US dolar dan kesuraman data perkhidmatan Zon Eropah pada Januari walaupun sektor pembuatan menunjukkan peningkatan.

Dalam pada itu, dolar loonie didagangkan susut pada paras terendah dua minggu berbanding greenback ketika tumpuan pelabur turut disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat