Aduh! USD Berterusan Melemah, Apa Nak Jadi Ni?

1,418

Sesi pasaran Asia memperlihatkan dolar Amerika kekal melemah berbanding pesaing utamanya selepas ditutup rendah dari puncak tertinggi 20 tahun yang disentuhnya awal bulan lalu.

Raja mata wang itu gagal mendapat sokongan daripada bacaan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS teras yang menunjukkan peningkatan lebih tinggi daripada dijangkakan pada bulan Jun. PCE adalah ukuran inflasi utama Federal Reserve (Fed).

Ini menunjukkan pelabur melihat bahawa bacaan inflasi semasa mungkin tidak akan mempengaruhi Fed yang sebelum ini memberi isyarat untuk memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedahnya.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga lebih rendah pada 2.66% sekali gus turut mempengaruhi dagangan US dolar.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat yang dijangka terus menunjukkan pengukuhan dalam pasaran buruh walaupun sedikit menurun dalam pertambahan pekerjaan.

Sementara itu, perhatian pelabur turut tertumpu pada mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) dan Bank of England (BOE) memperlihatkan kedua-dua mata wang dolar Aussie dan pound stabil pada permulaan dagangan Asia.

Euro juga meningkat seiring dengan penyusutan US dolar selain turut mendapat sokongan daripada data inflasi Zon Eropah yang terus meningkat pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat