Aduh! USD Nak Ke Mana Pula Ni?

1,115

Penyusutan dolar Amerika terpapar pada awal dagangan sesi Eropah di tengah-tengah ketidakpastian pasaran menuju mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan.

Keputusan mengejut Bank of Canada (BOC) dan Reserve Bank of Australia (RBA) telah menggoyahkan jangkaan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) akan menghentikan kenaikan kadar faedahnya.

Ini diperlihatkan pada hasil bon global yang meningkat tinggi, terutamanya hasil 10 tahun AS yang melonjak ke paras terkuat lebih seminggu pada 3.79%.

Melihat ke hadapan, pelabur akan diperlihatkan dengan penerbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat pada sesi New York.

Pada sesi Asia esok pula (Jumaat), data inflasi China untuk bulan Mei akan dikeluarkan yang pastinya menjadi penggerak kepada mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand.

Dolar Aussie kekal didagangkan kukuh pada sesi Eropah, menyusuli keputusan RBA yang terus hawkish menaikkan kadar faedahnya, manakala dolar New Zealand pula mendatar.

Sementara itu mata wang euro dan pound pula masing-masing mencatat peningkatan sederhana berbanding dolar greenback yang merosot.

Selain itu, dolar Kanada mengukuh di paras terkuat empat minggu susulan keputusan BOC untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.75%.

Yen pula kembali stabil daripada kejatuhan terdahulu, disokong oleh data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jepun yang berkembang 2.7% pada suku pertama melebihi jangkaan untuk pertumbuhan hanya 1.9%.

Di sisi lain, mata wang Lira Turkiye, terus memperpanjangkan penyusutan ke paras terendah sepanjang masa berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat