Aduhai! Apa Dah Berlaku? US Dolar Kurang Memberangsangkan Menjelang Data Inflasi

527

Mata wang US dolar bertukar menjadi defensif berbanding mata wang utama lain pada hari Selasa, dengan pedagang enggan untuk mendorong US dolar didagangkan lebih tinggi berikutan tiada tanda-tanda terkini yang menyakinkan.

Data inflasi A.S. pada hari Rabu akan menjadi perhatian utama dan faktor kepada perubahan US dolar. US dolar sebelum ini telah meningkat dengan mendadak selepas laporan pekerjaan yang tidak dijangka kukuh pada hari Jumaat mendorong pertaruhan pada satu lagi kenaikan kadar Fed 75 mata asas.

Namun mata wang US dolar mula kendur apabila sentimen yang mendorong lonjakan US dolar semakin kehilangan kesannya. Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan susut kepada 0.33% keparas dagangan 105.968.

Kenneth Broux, pakar strategi mata wang di Societe Generale menzahirkan kebimbangan terhadap data inflasi yang akan dikeluarkan esok. Inflasi yang meningkat kukuh akan mendorong jangkaan untuk kenaikan kadar 75 mata asas pada bulan September.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan sudah tiba masanya untuk mengurangkan pegangan US dolar kerana the Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar yang tinggi lagi”.

The Fed menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas pada bulan Jun dan Julai. Niaga hadapan pasaran wang menunjukkan peniaga melihat kira-kira dua pertiga peluang kenaikan 75 mata asas bulan hadapan.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters melihat inflasi akan berkembang sebanyak 8.7%. The Fed malah mensasarkan kadar inflasi pada 2%. Jurang antara hasil Perbendaharaan dua dan 10 tahun, penunjuk kemelesetan yang boleh dipercayai, telah berkembang kepada yang terbesar dalam dua dekad.

Tindak balas US dolar dilihat semakin sukar diramalkan berikutan kebimbangan pertumbuhan dan geopolitik. China masih melanjutkan latihan ketenteraan berhampiran Taiwan yang dilihat sebagai protes terhadap lawatan Speaker Dewan Rakyat A.S. Nancy Pelosi.

Mata wang New Zeland stabil pada $0.6289, manakala dolar Australia lebih rendah pada $0.6977.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat