Aduhai.. Elon Musk Stress Ditekan Pelabur Tesla?

2,305

Komuniti kripto mungkin tidak akan melupakan bagaimana tindakan Tesla yang secara tiba-tiba menghentikan penggunaan Bitcoin (BTC) sebagai medium pembayaran selepas pengumuman pada Mac.

Keputusan drastik itu telah menyebabkan keruntuhan pasaran kripto berminggu-minggu dan lebih terkesan kerana BTC terpalit dengan isu perlombongannya yang menjejaskan alam sekitar.

Timbul satu persoalan besar – adakah Elon Musk dan Tesla yang dikenali dunia sebenarnya gagal melakukan kajian terhadap Bitcoin (BTC) kerana agak mustahil jika ‘ya’. Lagi-lagi Tesla telah membuat pelaburan berjumlah $1.5 bilion dan Musk sendiri sering memuatnaik twit berkaitan Bitcoin.

Pelabur terkemuka dan juga hos realiti tv Shark Tank, Kevin O’Leary percaya keputusan yang diambil adalah disebabkan tekanan yang diterima dari kalangan pemegang saham Tesla.

Jelasnya dalam sebuah temubual: “Pemegang saham Tesla adalah dari komuniti yang pentingkan kelestarian alam dan mereka tidak gemarkan idea menggunakan Bitcoin sebagai medium pembelian kereta. Disebabkan itu mereka mendesak Musk untuk membuat pernyataan tersebut.”

Tidak hairanlah mengapa Musk menggesa mereka yang terlibat dengan perlombongan BTC menyelesaikan isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (environmental, social, governance – ESG).

Sebenarnya kriteria ESG dititikberatkan dalam kewangan konvensional kerana menjadi perhatian dalam penilaian kesan amalan dan pelaksanaan terhadap prestasi kewangan dan operasi sesebuah syarikat. Malah, ESG boleh dikatakan salah satu faktor untuk menarik pelabur berpotensi.

Bagaimanapun bagi sektor kripto, perkara ini adalah sesuatu yang baru.

Laporan juga ada mendedahkan Tesla sudah menerima amaran daripada pelaburnya, APG Asset Management dan American Century Investment untuk melupakan Bitcoin dan kembali fokus dengan objektif firma yang utama.

Aduhai. Rupanya Musk tersepit di antara keinginannya dalam kripto dan pelabur Tesla yang mengutamakan kriteria ESG.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat