Aduhai! USD Tersungkur Menuju Hujung Minggu

634

US dolar merosot lebih rendah ketika pasaran menuju ke penghujung minggu, tetapi meraih kekuatan berbanding mata wang yen yang menjunam ke paras terendah terbaharu sejak Disember 2015.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar diperdagangkan tersungkur pada sekitar harga 98.56. US dolar malangnya gagal memanfaatkan peluang kenaikan daripada data tuntutan pengangguran AS yang jatuh ke paras terendah sejak 1969.

Sementara itu, pendirian dovish Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah dan kenaikan kos import Jepun telah melemahkan mata wang yen pada minggu ini sehingga meletakkannya di landasan minggu terburuk dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, mata wang berkaitan komoditi kekal menjuarai carta harga pada minggu ini yang menyaksikan dolar Aussie dan kiwi terus menguat di paras tertinggi 4 bulan ketika sesi Asia.

Dolar Kanada pula kukuh paras ketinggian dua bulan di tengah dagangan minyak mentah yang sedikit merosot susulan pengumuman Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa tidak ada keputusan mengenai penalti terhadap minyak, gas dan arang batu Rusia.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan sekutu Eropahnya dilaporkan sedang bersiap sedia untuk berdepan sebarang risiko jika Rusia melancarkan serangan nuklear.

Mereka juga telah berbincang untuk membantu Ukraine dengan peluru berpandu anti-kapal dan menjelaskan bahawa sebarang transaksi emas yang melibatkan bank pusat Rusia tertakluk kepada sekatan sedia ada.

Mata wang pound didagangkan stabil pada 1.3200 berbanding US dolar selepas diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi yang bercampur-campur pada bulan Februari.

Euro pula memanfaatkan peluang untuk meningkat susulan penyusutan dolar greenback pada awal sesi, tetapi pergerakannya masih terbatas dengan didagangkan di sekitar harga 1.1000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat