AEON Credit Paling Untung!

310

AEON Credit Service (M) Bhd mendahului senarai kaunter paling untung pada sesi dagangan Bursa Malaysia pagi ini selepas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 521% kepada RM163.09 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mei 2021.

Saham kaunter itu meningkat sebanyak 52 sen atau 4.41% kepada RM12.30 pagi ini.

Pada pukul 9.41 pagi, kaunter itu merekodkan kenaikan sebanyak 46 sen atau 3.9% kepada RM12.24 dengan 101,800 saham diniagakan, menjadikan permodalan pasarannya sebanyak RM3.01 bilion.

Semalam, syarikat itu berkata, keuntungan yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini adalah disumbangkan oleh hutang lapuk yang dipulihkan, komisen insurans dan pendapatan faedah atau keuntungan daripada deposit dengan institusi kewangan berlesen.

Pendapatan suku tahunan syarikat berkenaan meningkat sedikit sebanyak 5.41% kepada RM410.97 juta daripada RM389.88 juta pada tempoh yang sama tahun lalu disebabkan oleh lonjakan jumlah transaksi dan pembiayaan.

Bagaimanapun, syarikat terbabit tidak mengumumkan sebarang dividen pada suku tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat