Agak-agak Berapa Pips Aussie Naik Selepas Data Jualan Runcit Dilaporkan Meningkat?

37

Aussie mengukuh pada Jumaat dalam sesi Asia berikutan angka jualan runcit yang dinilai positif. Kelemahan matawang Greenback juga menjadi punca AUD/USD didagang menguat dalam sesi ini.

AUD/USD meningkat sebanyak 0.16% dalam sesi Asia.

aud-usd-2-12
AUD/USD, 30 minit

Australia melaporkan bahawa jualan runcit meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Oktober, menjauhi jangkaan awal sebanyak 0.3%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang utama, kali terakhir dinilai merosot 0.60% kepada 101.02.

Semalam, US Dollar mengurangkan kerugian berbanding matawang pada Khamis selepas pengumuman data aktiviti pembuatan melonjak, sekali gus mengimbangi laporan tuntutan pengangguran yang agak mengecewakan.

Institut Pengurusan Bekalan mengumumkan indeks aktiviti perkilangan meningkat kepada 53.2 bulan lepas daripada angka 51.9 bulan sebelumnya.

Laporan itu dibuat selepas jabatan Buruh AS berkata bahawa tuntutan pengangguran awal minggu berakhir pada 26 November meningkat sebanyak 17,000 orang sedangkan penganalisis hanya menjangkakan peningkatan sebanyak 2,000 orang sahaja.

Pada Rabu, US Dollar mengukuh selepas OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah yang bertujuan untuk menangani masalah lebihan global dalam usaha mengukuhkan harga.

Jangkaan kenaikan harga minyak menambah jangkaan inflasi Amerika Syarikat juga melonjak setelah dirangsang oleh prospek ekonomi Trump.

23 Buah Negara Yang Mempunyai Pekerja Paling Gembira dan Bahagia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat