Agak-Agaknya Bila Isu Ini Akan Lenyap Dari Pasaran Minyak Mentah?

39

Harga minyak mentah melemah dalam sesi Asia berikutan data simpanan dilaporkan meningkat. Pasaran minyak mentah juga kekal melemah berikutan isu pembekuan bekalan yang masih tiada jawapan muktamad.

Minyak mentah merosot sebanyak 0.75% kepada $46.32 setong. Selain itu, minyak Brent di ICE Exchange menyusut 0.60% kepada $47.85 setong.

Institut Petroleum Amerika Syarikat berkata pada Selasa bahawa inventori minyak mentah melonjak mendadak sebanyak 9.3 juta tong.

Sebaliknya, inventori simpanan petrol menurun 3.6 juta tong dan produk tapisan juga menurun 3.1 juta tong.

Pun begitu, data simpanan bagi komoditi ini akan dikeluarkan hari ini bagi menjelaskan lagi isu peningkatan bekalan tersebut.

Semalam, harga minyak mentah melonjak dalam sesi Eropah sebelum kembali menjunam sebanyak 4%, iaitu angka terendah dalam tempoh sebulan.

Dalam masa yang sama, mesyuarat pada November dikatakan akan membawa tangan kosong kerana Iran, Iraq, Nigeria dan Libya juga dikatakan mahu menarik diri dari pembekuan bekalan yang telah dipersetujui pada mesyuarat tidak rasmi yang lepas.

Dalam mesyuarat di Vienna sebelum ini, OPEC bersetuju untuk membekukan bekalan kira-kira 32.5 juta sehingga 33.0 juta tong sehari dan hanya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat rasmi nanti. Isu ini menjadikan pasaran minyak kembali tegang dan harga sentiasa berubah-ubah sejak akhir-akhir ini.

Ekonomi Kanada Berkembang 0.2% Bulan Lepas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat