Agenda Trump Bakal Berakhir – Xiaomi Dikeluarkan Dari Senarai Hitam!

887

Laporan terkini melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (A.S) menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan Xiaomi Corp China dari senarai hitam kerajaan. Perkara ini akan membuka jalan kepada pengeluar telefon pintar China untuk melabur di Amerika pada masa akan datang.

Langkah tersebut menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan bersetuju untuk menyelesaikan proses pengadilan mereka tanpa perseteruan dan akan menghentikan konflik antara syarikat China dan A.S.

Jurucakap Xiaomi menyatakan bahawa syarikat Xiaomi pada masa ini lebih memilih untuk memerhatikan perkembangan tersebut.

Pada awal tahun ini, Jabatan Pertahanan A.S., di bawah pentadbiran Trump menyatakan bahawa syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan tentera China dan meletakkan Xiaomi dan tujuh syarikat China yang lain dibawah senarai pemantauan dan disenarai hitam.

Susulan itu, Xiaomi telah menfailkan saman dan menyatakan bahawa tindakan itu adaah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Saham syarikat meningkat di 6% di Hong Kong ketika berita mengenai keputusan tersebut diumumkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat