Aik, AirAsia Nak Jadi Syarikat Penghantaran Makanan Terbesar di Asia?

995

Sektor penerbangan tak laku dah ke tu?

AirAsia Group menyasarkan untuk menjadi syarikat penghantaran dan pengangkutan makanan terbesar di Asia ekoran kejayaan pemerolehan platfrom penghantaran makanan dalam talian, DeliberEat.

Menurut ketua pegawai eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, kumpulan itu yakin perkhidmatan makanan dan Super App miliknya akan menajdi salah satu daripada pekhidmatan pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia.

Tambah beliau lagi, kumpulan itu sedang merancang untuk mengembangkan lagi aplikasi mereka sehingga ke Thailand, Indonesia, Singapore dan Filipina.

Pada awal tahun ini, Fernandes telah mengumumkan pelantikan pengasas DeliverEat, Tan Suan Sear sebagai ketua kumpulan makanan AirAsia dan Leong Shir Mein sebagai ketua permintaan cabang penghantaran AirAsia, Teleport.

Dalam satu kenyataan, Fernandes berkata mereka sangat teruja dengan perkongsian tersebut kerana ia akan menyokong strategi syarikat untuk terus berkhidmat kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan dan menjadi syarikat penyampaian terbaik di Asean.

Hujar beliau lagi, mereka sangat kagum dengan DeliverEat dalam mengekalkan kemampanan dengan operasinya dan menawarkan platform perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat.

Sementara itu, syarikat logistik digital AirAsia Teleport telah menandatangani perjanjian bagi memperoleh 100% kepentingan ekuiti dalam DeliverEat pada harga US$9.8 juta bagi mengukuhkan perkhidmatan penghantaranya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat