AirAsia – Gobi Labur AS$10.6 Juta Dalam EasyParcel!

370

Platform kargo dan logistik yang dijenama semula milik AirAsia Group iaitu Teleport dan firma modal teroka Gobi Partners melabur AS$10.6 juta (RM43.55 juta) dalam syarikat EasyParcel.

Menerusi perkongsian ini, EasyParcel dapat memanfaatkan keupayaan logistik dan infrastruktur Teleport yang meliputi lebih 100 bandar raya, 10,000 penerbangan AirAsia setiap minggu dan 1,000,000 tan kapasiti kargo. Kini, EasyParcel telah mempunyai hampir setengah juta pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (CEO), Tan Sri Tony Fernandes pemilihan EasyParcel sebagai rakan strategik tersebut bakal meningkatkan hasil pendapatan dari segmen kargo dan logistik. Berbanding sebelum ini, Teleport hanya menyumbang RM400 juta berbanding pendapatan keseluruhan kumpulan sebanyak RM10 bilion.

Justeru dengan jalinan kerjasama baru ini, Air Asia yakin sumbangan Teleport akan mmeningkat sekitar 8 hingga 10 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Tambah Tony, perniagaan kargo dan logistik mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dan kukuh. Tambah pula Malaysia memiliki kelebihan dan lokasi strategik bagi membina platform logistik..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat