AirAsia Sasar Pakej Mesra Muslim

236

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group Bhd menyasarkan perkhidmatan berkonsepkan mesra Muslim termasuk pakej untuk menunaikan Umrah dan Haji tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Tony Fernandes, langkah itu diputuskan selepas menilai prospek sejumlah produk yang memenuhi keperluan perjalanan para penumpang syarikat terbabit.

Tambah Fernandes, pihaknya juga cuba memasuki ruang pelancongan perubatan, sebuah segmen yang sedang berkembang pesat dan AirAsia mampu menyediakan keperluan visa, perjalanan, penginapan dan insurans lengkap.

Jelas beliau, idea berkenaan adalah untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman menyeluruh yang lengkap untuk para pelancong.

Dalam pada itu, di sebalik usaha AirAsia untuk terus menawarkan pilihan perjalanan yang pelbagai dengan harga yang murah kepada para pelancong, syarikat tersebut juga turut tidak terkecuali daripada menerima impak daripada pelbagai faktor.

Ujar Fernandes, bencana alam, wabak virus, kemerosotan ekonomi dan pergolakan geopolitik boleh menjejaskan industri pelancongan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat