AirAsia Umumkan Lembaga Pengarah Baru!

414

‘Eh, Tony Fernandes nak berhenti ke?’

AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), syarikat induk bagi firma penerbangan di bawah Capital A Bhd, mengumumkan pembentukan 4 ahli lembaga pengarah baharu syarikat menjelang pembukaan semula sempadan penerbangan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AAAGL, pembentukan ahli lembaga pengarah baru tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang mencerminkan komitmen syarikat dalam menuju ke arah pertumbuhan dan tadbir urus korporat berstandard tinggi.

Pelantikan tersebut dibuat susulan pengumuman mengenai pelantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif syarikat.

Hujar Tan Sri Jamaludin, ahli lembaga pengarah baru tersebut telah dipilih berdasarkan penelitian wajar yang bersandarkan pengalaman, bakat, jantina dan budaya yang akan mendorong AAAGL bergerak lebih maju.

Berikut adalah 4 ahli lembaga pengarah baru yang dilantik AAAGL:

1. Suvabha Charoenying, 58 tahun dari Thailand

  • Berpengalaman 35 tahun sebagai jurubank pelaburan.
  • Berpengalaman 23 tahun dalam perbankan pelaburan.
  • Berpengalaman 6 tahun dalam pengurusan aset dan dana serta pegawai pemberi pinjaman.
  • Pernah menyandang jawatan sebagai pegawai di Securities Exchange Commission of Thailand dan Bursa Thailand

2. Lim Serh Ghee, 62 tahun dari Singapura

  • Bekas presiden di Singapore Technologies Aerospace Ltd (ST Aerospace) dari tahun 2014 hingga 2020.
  • Bekas  ketua pegawai operasi Singapore Tech Engineering Ltd.

3. Francisco Ed. Lim, 67 tahun dari Filipina

  • Berpengalaman dalam bidang undang-undang korporat dan litigasi.
  • Pernah menerajui pasukan yang mengendalikan urus niaga berkaitan pasaran modal terbesar di Filipina.
  • Bekas Presiden dan ketua pegawai eksekutif Bursa Filipina dari 2004 hingga 2010.
  • Bekas Pengerusi bersama di mahkamah agung yang meluluskan peraturan mengenai e-dagang serta jawatankuasa kecil awam notari.

4. Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, 55 tahun dari Malaysia

  • Seorang akauntan bertauliah Malaysia dan felo CPA Australia.
  • Bekas Presiden Majlis Olimpik Malasysia dan Persatuan Badminton Malaysia.
  • Bekas Pengerusi Institusi Sukan Negara.
  • Bekas Bendahari Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia.
  •  Bekas Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia.
  • Bekas Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia.
  • Bekas ahli lembaga Majlis Sukan Negara.

Dalam pada itu, Tan Sri Jamaludin turut menyatakan kesediaan syarikat mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa dan pertumbuhan dalam ekosistem kumpulan Capital A serta peluang penubuhan baharu perkongsian dan usaha niaga di seluruh Asean.

Selain itu, anak syarikatnya, AirAsia Consulting telah memperoleh perkongsian penerbangan pihak ke-3.

Sementara bahagian restoran makanan dan minuman, Santan dan bahagian perkhidmatan kongsi AirAsia SEA akan terus berkembang sejajar dengan permintaan pengguna yang kukuh.

Setakat tengah hari ini, saham Capital A naik 1.6% pada 63.5 sen dengan nilai pasaran sebanyak RM2.56 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat