Airbnb Rancang Sertai Wall Street Tahun Hadapan

0 111

Syarikat perkongsian rumah, Airbnb merancang untuk disenaraikan di pasaran menjelang tahun 2020. Perkara ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh pengasasnya, Brian Chesky dan Joe Gebbia yang menubuhkan perusahaan itu pada tahun 2008 bertempat di San Francisco. Idea ini mula tercetus apabila mereka mengenakan bayaran sebanyak $80 semalaman bagi sesiapa yang ingin tidur di kediaman mereka.

Sejak daripada idea itu, Airbnb telah berkembang dan menjadi salah satu platform perkongsian rumah terbesar dunia. Syarikat itu berkata setakat ini mereka mempunyai lebih daripada 7 juta penyenaraian di lebih 100,000 bandar di seluruh dunia.

Tambahnya lagi, pendapatan mereka telah melebihi $1 bilion pada suku kedua dan ini merupakan kali kedua dalam sejarah syarikat berjaya mencapai angka tersebut. Namun mereka tidak mendedahkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

Namun begitu, mereka sedar situasi yang berlaku di dalam pasaran. Banyak penyenaraian baru bagi syarikat besar gagal memberikan pulangan yang baik kepada pelabur seperti Uber dan Lyft yang kini didagangkan di bawah harga awal penawaran. Satu lagi syarikat yang bakal disenaraikan, WeWork dilihat melengahkan penyenaraian yang sepatutnya berlaku awal minggu ini.

Mei lalu, Airbnb telah membeli Hotel Tonight untuk membantu para tetamu mencari tawaran hotel saat-saat terakhir. Pada tahun 2017, syarikat itu telah membeli Luxury Retreats untuk meningkatkan kualiti penginapannya dan telah membuat beberapa penambahan di dalam platformnya supaya tetamu boleh menempah lawatan tempatan, kelas memasak dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai.

Terdapat cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Airbnb di mana mereka telah menerima tindak balas yang kurang menyenangkan di beberapa kawasan seperti New York dan Barcelona. Mereka telah dituduh mengambil kesempatan atas kebanjiran pelancong dengan menaikkan harga sewa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.