Akaun Twitter @realDonaldTrump Disekat, Bakal Dihapuskan

257

Beberapa media sosial bertindak menyekat akaun Presiden Donald Trump kerana didapati memuat naik kenyataan kepada para penyokongnya yang menyerang bangunan Capitol Amerika Syarikat (AS).

Twitter bertindak menyekat akaun Trump selama 12 jam kerana bahasa retorik melampau dan memberi amaran akaun itu mungkin akan ditutup sepenuhnya jika masih melanggar peraturan.

“Ekoran situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan berterusan di Washington, DC, kami telah mengarahkan tiga Tweet @realDonaldTrump yang disiarkan awal hari ini dipadamkan kerana melanggar peraturan terhadap dasar Integriti Sivik kami,” kata syarikat media sosial itu di laman webnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

“Ini bermakna akaun @realDonaldTrump akan disekat selama 12 jam. Jika Tweet masih tidak dipadam akaun akan tetap disekat.”

Tambah syarikat itu, jika selepas ini masih melanggar peraturan ‘akan mengakibatkan akaun @realDonaldTrump terus ditutup’.

Twitter sebelum ini menyekat tiga ciapan Trump.

Antara ciapan Trump menerusi video yang dimuat naik beliau mengulangi dakwaannya pilihan raya presiden ‘dicuri dari kami’ dan menggesa penyokongnya balik. Ciapan kedua Trump mempertahankan apa yang dilakukan penyokongnya.

Facebook pula menyekat akaun Trump selama 24 jam dan YouTube turut menarik balik rakaman video yang sama.

Trump dan sekutu politiknya selama berbulan-bulan menuduh pilihan raya Presiden lalu dipenuhi dengan penipuan dan tujuh juta undi ditipu yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokongnya.

Jabatan Kehakiman bagaimanapun tidak menemukan bukti untuk menyokong dakwaan Trump itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat