Akhir Hayat Lelaki Ini Memilukan Namun Ada Banyak Pengajaran. (Bahagian Akhir)

880

Klik sini untuk baca bahagian 1.

Klik sini untuk baca bahagian 2.

Klik sini untuk baca bahagian 3.

Pada 1935, Dorothy tertembak anaknya semasa mabuk.

Jesse Livermore Jr. sentiasa seorang anak yang bermasalah, seorang pemabuk seperti ibunya dan kaki perempuan.

Pada Thanksgiving, Dorothy bersama suami barunya makan tengah hari bersama dan Dorothy mula minum arak.

Jesse Jr. bengang dengan tabiat yang menjengkelkan itu menghabiskan arak ibunya itu menyebabkan ibunya marah.

Dorothy berkata, “Aku lagi sanggup kau mati daripada minum!”, Jesse Jr. membalas ibunya sambil menghulurka pistol, “Ibu tak berani nak tembak saya.”

Diakibatkan mabuk, ditambah lagi dengan pertelingkahan, Dorothy tertembak anaknya sendiri!

Dorothy disoal siasat oleh pihak polis, Jesse Jr. nyaris-nyaris maut dan Dorothy terlepas daripada tindakan pihak berkuasa.

Situasi ini menambah lagi tekanan kepada Livermore.

Jesse Livermore mula sedar tragedi keluarga dan pasaran yang sudah berubah akan mengubah hidupnya secara total.

Kekayaan isterinya membantu Livermore untuk meneruskan hidup yang selesa tanpa perlu trade.

Pada 1940, buku Livermore yang bertajuk “How to Trade in Stocks” diterbitkan namun tidak berjaya menandingi jualan buku Lefevre.

Pada tahun yang sama, Livermore menembak dirinya sendiri di Sherry Netherland Hotel, New York.

Menurut journalis, Rubython memberitahu yang kekayaan isteri Livermore yang bernilai $7 juta telah membuatkan Livermore selesa dan tekanan hidup yang dialaminya akhirnya memakan diri.

Livermore merasakan dia hilang diri sendiri. Dalam surat bunuh dirinya memberitahu, “Isteriku, saya sudah tidak larat. Terlalu banyak perkara teruk dan buruk berlaku dalam hidup saya. Saya sudah penat. Inilah jalan terakhir. Saya tidak layak untuk cinta awak. Saya adalah satu kegagalan.”

Jesse hanya tinggalkan jumlah yang sedikit sahaja untuk anaknya. Jesse Jr. bunuh diri, begitu juga dengan anak Jesse Jr.

Kisah Jesse Livermore betul-betul menyayat hati dan kita boleh nampak perjalanan hidupnya yang mencabar dan memeritkan.

Namun apa yang kita boleh lihat kembali adalah pengajaran yang perlu kita ambil dan sebenarnya kekuatan, kesungguhan Livermore boleh dijadikan sebagai pedoman sebagai seorang yang mahu berada dalam industri trading ini tidak kira sama ada pasaran saham, komoditi dan Forex.

Teruskan berjuang, maju ke hadapan dan kekal bersama kami!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat