Akhiri Corak Bullish, EUR/JPY Pamer Penurunan Untuk Hari Ke-3

1

Sentimen pasaran berisiko dilihat kembali menyelubungi pasaran kewangan pada penghujung minggu ini selepas penutupan dagangan bagi bulan September semalam.

Walaupun tidak begitu meyokong pengukuhan ketara buat US dolar, namun mata wang safe-haven yang lain seperti Yen dan Swis franc telah memanfaatkan peluang untuk meningkat.

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY pada Khamis semalam telah paparkan penurunan harian sekitar 100 pips dengan kelebihan memihak kepada Yen berbanding Euro.

Dagangan hari sebelumnya iaitu Rabu telah pun memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish selepas harga susut di bawah paras 130.00 dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula.

Gagal melepasi rintangan 130.00 pada kenaikan semalam, harga susut lebih rendah sehingga menuju zon RBS (resistance become support) 128.600 bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).

Beberapa bacaan data ekonomi Eropah pada petang ini akan turut menjadi tumpuan dan berkemungkinan boleh memberi kesan terhadap pergerakan mata wang Euro.

Jika penurunan harga kekal diteruskan di bawah zon RBS 128.600, zon support pada 128.00 akan kembali menjadi tumpuan harga semula setelah diuji pada dagangan minggu lalu.

Pelabur ingin melihat sama ada zon support tersebut boleh menyokong sekali lagi kenaikan harga pada carta EUR/JPY untuk pamerkan pergerakan trend bullish.

Untuk situasi kenaikan harga pula sekiranya zon RBS 128.600 berjaya melonjakkan semula harga yang susut semalam, rintangan sekitar 129.300 akan menjadi tumpuan awal kenaikan harga.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji pula zon SBR (support become resistance) 129.700 sebelum ke paras tumpuan 130.00 pula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat