Akhiri Separuh Pertama 2022, Indeks MSCI Catat Penyusutan Terbesar

158

Mengimbas separuh pertama 2022, indeks saham MSCI mencatat penurunan peratusan terbesarnya pada Khamis sementara penanda aras utama Amerika Syarikat (AS) mengalami kejatuhan peratusan terendah dalam 6 bulan pertama sejak 1970.

Kejatuhan pasaran ekuiti pada 6 bulan pertama tersebut berlatar belakangkan kebimbangan perang Rusia-Ukraine, peningkatan inflasi, kenaikan kadar faedah dan kemungkinan kemelesetan.

Mengeruhkan lagi sentimen, laporan Jabatan Perdagangan memperlihatkan perbelanjaan pengguna AS berkurangan dari jangkaan bulan Mei.

Rentetan itu, tekanan harga terus memberi harapan kepada Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari yang lebih agresif.

Ulas Sam Stovall dari CFRA New York, inflasi sudah menjadi kebiasaan buat masa ini dan dijangka akan kekal untuk satu tempoh yang agak lama.

Beralih ke Wall Street, indeks Dow Jones Industrial jatuh 253.88 mata (0.82%) pada 30,775.43, S&P 500 hilang 33.45 mata (0.88%) pada 3,785.38 dan Nasdaq Composite turun 149.16 mata (1.33%) pada 11,028.74.

Tolok saham MSCI seluruh dunia susut 1.12%, dan bagi suku pertama 2022 pula merosot 20.9% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 1.5%.

Aliran mata wang pula menyaksikan indeks dolar jatuh 0.343%, namun ia telah mengukuh sebanyak 9.4% setakat tahun ini sementara Euro gugur 0.01% pada $1.0481.

Dalam pada itu, nota Perbendaharaan 10 tahun jatuh 10.4 mata pada 2.989%, kejatuhan 3 hari berturut-turut selepas meningkat 150 mata asas tahun ini iaitu peningkatan separuh pertama terbesar sejak 6 bulan pertama 1994.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent jatuh $3.42 (3%) pada $109.03 setong sementara minyak mentah AS susut $4.02 (3.7%) pada $105.76.

Pada sisi berbeza, Bitcoin (BTC) kekal dalam penyusutan sebanyak 5.92% untuk menapak pada $18,904.06.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat