Akhirnya Ada Khabar Baik Untuk Perjanjian Dagang AS-China!

288

Perunding perdagangan Amerika Syarikat dan China mengadakan panggilan telefon pada pagi Selasa mengenai perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa pertama antara kedua-dua negara.

Panggilan itu dibuat setelah perbincangan yang sepatutnya berlangsung pada 15 Ogos lalu telah ditangguhkan, di mana Presiden AS Donald Trump mendakwa bahawa beliau penyebab rundingan itu ditangguh.

Wakil perunding China, Timbalan Perdana Menteri Liu He, Perwakilan Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin adalah individu yang turut serta dalam perbincangan hari ini.

Melalui perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah menggariskan mengenai langkah-langkah yang diambil China untuk melaksanakan perubahan struktur seperti mana yang dituntut dalam perjanjian, menurut Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR).

Beijing dilihat telah melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan perlindungan yang lebih besar untuk hak harta intelek AS, mengangkat halangan kepada syarikat-syarikat Amerika dalam bidang perkhidmatan kewangan dan pertanian serta menghapuskan paksaan pemindahan teknologi.

Tambahan daripada itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai peningkatan dalam pembelian barangan AS oleh China serta tindakan yang diperlukan pada masa hadapan dalam menjayakan perjanjian itu.

Menurut data rasmi, pembelian oleh China setakat ini adalah masih jauh daripada yang disasarkan untuk tahun pertama iaitu sebanyak 77 bilion. Namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini Beijing telah mengambil langkah proaktif dengan meningkat pembelian terhadap barangan pertanian AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat