Akhirnya King Charles Merasa Juga Mukanya Dicetak Pada Pound Britain

146

‘Segak juga Raja Charles pada wang kertas Pound, simpan yang gambar Ratu tu nanti nilai dia mesti naik.’

Pemergian Ratu Elizabeth II pada September masih diratapi warga Britain, namun ia membuka peluang kepada Raja Charles III untuk merasai takhta United Kingdom (UK).

Tampuk pemerintahan Raja dilihat perlahan-lahan menggantikan bondanya dengan Bank of England (BOE) mula mencetak wajah beliau pada mata wang kertas Pound.

Menurut kenyataan rasmi BOE bahawa wang kertas 10, 20 dan 50 dengan wajah Raja Charles akan mula diedarkan pada pertengahan 2024, perlahan-lahan menggantikan mata wang mendiang Ratu.

Ulas Gabenor BOE, Andrew Bailey, ia adalah detik penting dalam sejarah memandangkan ‘The King’ adalah pemerintah kedua yang dipaparkan pada wang kertas Pound.

Menyentuh berkenaan mata wang kertas baru itu, ia akan menampilkan potret Raja Charles di bahagian hadapan serta bayangan beliau dalam tetingkap keselamatan lutsinar wang kertas tersebut.

Tiada sebarang perubahan besar yang dilakukan selain yang dinyatakan, bermakna nilai muka ataupun reka bentuknya masih kekal sama.

Nampak gaya era baru pemerintahan Raja Charles bermula baik dengan Britain Royal Mint juga sudah mula mengeluarkan duit syiling berwajah beliau pada 8 Disember lalu.

Dalam pada itu, BOE turut mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran wang kertas Ratu Elizabeth untuk perlahan-lahan digantikan dengan yang baru namun masih menerima wang kertas tersebut untuk beberapa tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat