Akhirnya! Kongres AS Sahkan Kemenangan Joe Biden

1,550

Kongres Amerika Syarikat akhirnya mengesahkan pemilihan Joe Biden sebagai presiden, sehari selepas kumpulan penceroboh pro-Trump menyerang Capitol Hill untuk membantah keputusan pilihan raya.

Biden dan rakan seperjuangannya, Naib Presiden Kamala Harris, memperoleh 306 undian elektoral, 36 lebih banyak daripada yang diperlukan untuk mendapatkan kemenangan di White House. Sementara Trump pula meraih 232 undi.

Presiden Donald Trump dalam kenyataan terbarunya memberitahu, walaupun beliau tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya, namun akan ada peralihan yang teratur pada 20 Januari.

Susulan daripada keputusan Kongres, dolar greenback terus bangkit dari paras terendah hampir 3 tahun berbanding kebanyakan matawang utama setelah dipacu oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap tertinggi sejak Mac 2020 pada 1.04%.

Hal ini pasti menghairankan pelabur yang menjangkakan US dolar untuk jatuh lebih rendah susulan keputusan ini.

Namun, lonjakan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi global yang akan meningkat susulan kemenangan Presiden Joe Biden dengan lebih banyak rangsangan fiskal dilaksanakan.

Dalam pada itu, matawang euro terus mencatatkan penyusutan dari paras tertinggi sejak April 2018 yang dicatatkan pada Rabu berikutan kebangkitan semula dolar greenback.

Namun, situasi berbeza pula ditunjukkan oleh pergerakan matawang pound yang kembali didagangkan meningkat di atas paras harga 1.36000 pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat