Akhirnya Pihak Berkuasa US Bertindak Menyita Aset Yang Dicuri Dari 1MDB

167

Reuters melaporkan bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) pada Khamis mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula $540 juta aset yang dicuri oleh pegawai kewangan dengan dana hak milik kerajaan Malaysia. Aset yang disita termasuklah lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Leonardo Dicaprio dan juga hak kepada dua filem Hollywood.

Pemfailan kes di Mahkamah Los Angeles adalah langkah terbaru DOJ terhadap dakwaan konspirasi penggubahan wang haram dari dana 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) yang mana ditubuhkan oleh Perdana Menteri pada 2009 bagi melonjakkan pembangunan ekonomi.

Jabatan Keadilan mendakwa lebih daripada $4.5 billion telah diambil daripada 1MDB oleh pegawai tertinggi 1MDB.

“Kita tidak akan membenarkan Amerika Syarikat dijadikan tempat untuk menyimpan aset oleh pengamal rasuah dan membelanjakan wang yang sepatutnya memberi faedah kepada rakyat negara lain,” kata Kenneth Blanco, pembantu peguam negara US pada Khamis.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri telah beberapa kali menafikan bahawa tiada mengambil wang daripada 1MDB selepas laporan yang mengatakan penyiasat mengesan hampir $700 juta dalam akaun bank atas nama beliau.

Pihak berkuasa US menuduh pegawai kewangan Malaysia, Jho Low telah menggubah wang haram lebih daripada $400 juta yang diambil dari 1MDB ke dalam akaun bank di Amerika Syarikat, di mana dia menghabiskan wang tersebut untuk berjudi dan membeli barangan mewah bersama rakan-rakannya termasuk DiCaprio.

Namun, pihak berkuasa US tidak mendakwa Low dengan sebarang jenayah.

Pihak berkuasa berkata pada 2014, Low menggunakan $3.2 juta dari jualan bon 1MDB untuk membeli lukisan Picasso untuk DiCaprio. Tiada dakwaan jenayah kepada DiCaprio.

Tiga filem yang dikeluarkan oleh Red Granite yang diasaskan oleh anak tiri Najib, Riza Aziz juga telah diambil hak milik sebagai milik kerajaan US. Filem tersebut termasuklah ‘Wolf of Wallstreet‘ yang dibintangi DiCaprio sendiri. Dua lagi adalah, “Dumb and Dumber” dan “Daddy’s Home“.

Dakwaan penipuan terhadap 1MDB bermula pada 2009, kata Jabatan Keadilan US, di mana dana ini juga berhadapan dengan siasatan penggubahan wang haram sekurang-kurangnya di enam negara termasuk Switzerland dan Singapura.

Pejabat Peguam Negara Malaysia berkata dalam kenyataan emel bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mendapati sebarang jenayah yang dilakukan oleh sesiapa dalam syarikat dana tersebut. Pihak berkuasa Malaysia memberi kerjasama dengan Jabatan Keadilan US, kata pejabat peguam negara Malaysia.

-Reuters

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat