Akibat Lari Cukai, Korea Selatan Rampas Kripto Bernilai $183 Juta!

158

Pegawai penguatkuasa undang-undang Korea Selatan dilaporkan membuat rampasan berjumlah 260 bilion won ($183 juta) mata wang digital sejak 2021 daripada individu dan perniagaan tempatan yang tidak mematuhi undang-undang percukaian tempatan.

Difahamkan, rampasan tersebut meliputi 17 bandar dan wilayah Gyeonggi menyaksikan jumlah tertinggi mata wang kripto yang dirampas iaitu berjumlah $37 juta.

Manakala bandar Seoul catat rampasan $12 juta dan Incheon $3.5 juta termasuklah Chungnam serta Jeonbuk juga merupakan sebahagian daripada operasi dijalankan itu.

Secara individu, ejen penguatkuasa undang-undang merampas $8.5 juta dalam bentuk kripto daripada seorang penduduk Seoul yang tidak mematuhi keperluan cukai domestik.

Pihak berkuasa tempatan juga merampas aset digital daripada kebanyakan individu dan perniagaan yang tidak melaporkan transaksinya kepada institusi berkaitan sungguhpun peraturan cukai kripto di Korea Selatan masih tidak jelas.

Menurut wakil Kim Sang-hoon, undang-undang dan dasar dapat menjamin persekitaran pelaburan mata wang kripto yang stabil jika prinsip percukaian dilakukan dengan adil.

Tambahnya lagi, Korea Selatan telah menangguhkan cukai 20% ke atas pendapatan kripto sehingga rangka kerja kawal selia yang komprehensif digunakan untuk industri.

Pada sumber berbeza, kejatuhan projek mata wang kripto Korea Selatan Terra pada Mei tahun ini telah memberi kesan negatif kepada para pelabur dan kebanyakannya menyalahkan pengasas bersama Terra, Do Kwon.

Hal ini kerana, pendakwaraya mendakwa bahawa beliau bukan sahaja memindahkan sebahagian keuntungannya ke tempat perlindungan cukai luar negara malah memberikan token kripto kepada ahli keluarga demi mengelak cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat