Akibat Wang, Pasangan Yang Memenangi Loteri Bercerai

59

Pasangan yang telah memenangi loteri sebanyak £2 juta dalam National Lottery telah bercerai setelah si isteri menjalinkan hubungan dengan salah seorang lelaki terkaya United Kingdom.

Jason dan Victoria Jones memenangi £2.3 juta pada 2004 dan berkahwin hampir sebulan dan menggunakan wang tersebut dengan memulakan pelaburan hartanah dan portfolio tersebut berjaya.

Selama 12 tahun, pasangan ini memberitahu yang loteri tersebut mula memusnahkan hubungan mereka.

Victoria yang berumur 41 tahun membeli tiket loteri dengan 1 pound terakhir di dalam dompetnya dan menang.

Victoria dilaporkan telah meninggalkan suaminya untuk bersama Mike Clare iaitu pemilik syarikat tilam yang terkenal, Dreams.

Walaupun mempunyai rumah mewah dan kereta mewah daripada loteri itu, Victoria menganggap kemenangan loteri itu adalah perkara yang paling buruk pernah berlaku.

Dia memberitahu Mail Online, “Tekanan yang diberikan sangat teruk! Walaupun sudah memenanginya 12 tahun lalu, saya tetap dipandang sebagai pemenang loteri dan bagi saya ia tidak bagus. Orang lain layan saya sangat berbeza”.

Hubungan mereka mula tidak bagus pada tahun lepas setelah Victoria memberitahu mahu meninggalkannya.

Namun Jason dapat mengetahui rupanya Victoria curang terhadapnya dengan membaca mesej antara mereka.

Mike Clare yang mempunyai kekayaan sebanyak £260 juta pada awalnya menafikan hubungan mereka akhirnya mengaku mereka sedang bercinta.

Ramai menyifatkan pasangan ini terkena “sumpahan loteri”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat