Aktiviti Ekonomi China Kembali Punah

236

Ekonomi China terus berada dalam keadaan tidak menentu akibat dasar sifar Covid-19 yang diamalkan ekonomi gergasi kedua dunia itu.

Terbaharu, data yang dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan aktiviti pembuatan di negara itu kembali menguncup pada bulan Oktober dengan menurun kepada 49.2 daripada 50.1 catatan sebelumnya.

Selain itu, sektor perkhidmatan turut memaparkan penguncupan dengan rekod 48.7 daripada 50.6 yang dicatatkan pada September.

Bacaan di bawah 50 menunjukkan penguncupan dalam aktiviti, dan sebaliknya jika bacaan melebihi angka itu memaparkan pengembangan.

Ini menunjukkan impak berterusan daripada dasar sifar Covid yang membataskan pertumbuhan dalam aktiviti ekonomi China.

Sehingga minggu lalu, 31 bandar telah melaksanakan pelbagai peringkat sekatan atau langkah kawalan berasaskan daerah yang menjejaskan sekitar 232 juta orang.

Dengan sekatan baharu yang dilaksanakan di bandar Wuhan, penganalisis menjangkakan aktiviti ekonomi pada bulan depan akan lebih parah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat