Aktiviti Mining Kripto Di Malaysia Jana RM7.5 Bilion Pada 2018!

319

“Malaysia sebenarnya maju juga, korang je yang tak tahu.”

Melombong (mining) mata wang kripto telah menjadi aktiviti popular di Malaysia selama beberapa tahun selepas Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) semakin diminati oleh rakyat negara ini.

Secara umumnya, mining kripto adalah proses mengesahkan transaksi pada rangkaian blockchain dan menambahkannya pada distributed ledger yang memerlukan Litar Bersepadu Khusus (ASIC) dan sejumlah besar penggunaan elektrik.

Malaysia yang mempunyai tenaga elektrik agak murah telah menjadikannya destinasi menarik untuk mining kripto, namun kerajaan negara mengambil langkah mengawal selia industri dan mencegah penggunaan elektrik berlebihan.

Pada 2019, kerajaan Malaysia mengumumkan akan mengawal selia mining kripto di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 yang membawa makna bahawa para miner perlu dapatkan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ECM) dan mematuhi peraturan tertentu.

Peraturan berikut bukan sahaja memerlukan miner memperoleh kelulusan daripada syarikat pengedaran tempatan sebelum menyambungkan mesin mining ke grid kuasa malah mematuhi peraturan keselamatan serta pastikan peralatan adalah selamat.

Dalam pada itu, kerajaan mengenakan tarif elektrik minimum untuk aktiviti mining kripto bagi memastikan miner membayar harga berpatutan untuk tenaga elektrik digunakannya dan elakkan penggunaan kuasa berlebihan.

Sungguhpun terdapat peraturan, mining kripto di Malaysia terus berkembang maju apabila Rizab Malaysia melaporkan bahawa industri mining negara menjana pendapatan sekitar RM7.5 bilion pada 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat