Aktiviti Pasaran Minyak Perlahan Dengan Kehadiran Taufan Nate Di Teluk Mexico

93

Pasaran minyak dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan para pelabur terhadap satu lagi taufan tropika yang baru menghampiri kawasan Teluk Mexico, Amerika Selatan dan pasaran China yang masih tutup disebabkan cuti umum.

Harga minyak kini masih disokong dengan jangkaan OPEC dan pengeluar utama Rusia akan melanjutkan perjanjian pemotongan minyak lebih daripada tempoh yang dipersetujui.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) US didagangkan pada $50.69 per tong pada jam 3.21 petang, susut 10 sen daripada penutupan lalu. Manakala minyak brent pula jatuh 17 sen kepada $56.83.

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti pasaran minyak bergerak perlahan adalah disebabkan oleh cuti umum di China selama seminggu dan juga taufan Nate yang menghampiri kawasan teluk Mexico, memaksa penutupan sebahagian kilang operasi minyak.

Pelabuhan minyak Offshore Louisiana yang merupakan salah satu fasiliti pengendalian minyak terpenting di kawasan Teluk Mexico dilaporkan telah menghentikan operasi pemunggahan kapal hari ini. Pusat Taufan Negara US melaporkan taufan Nate sedang bergerak ke arah kawasan teluk yang dipenuhi dengan pelantar minyak offshore yang mampu mengempam sehingga 1.6 juta tong minyak sehari (bdp) atau sehingga 17% pengeluaran minyak US.

Selain itu, BP dan Chevron juga telah menutup semua pengeluaran minyak mereka di kawasan teluk, manakala Royal Dutch Shell dan Anadarko Petroleum menutup sebahagian sahaja operasi mereka di sana.

Para pelabur minyak dilihat telah menutup posisi pembelian mereka berikutan jangkaan ketibaan taufan yang akan menganggu aktiviti penapisan, serta mereka juga tidak ingin membiarkan posisi dagangan terus dibuka pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, harga minyak masih tidak jauh daripada penutupan hari Khamis yang mana harga telah naik sehingga 2 peratus dengan jangkaan pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan sebahagian pengeluar lain akan dilanjutkan dalam tempoh yang lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat