Aktiviti Perniagaan Zon Eropah Catat Prestasi Terburuk Pada Bulan Mac!

282

Pada hari ini, IHS Markit telah mengeluarkan data tinjauan indeks pembelian pengurus (PMI) yang berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Berdasarkan data yang dikeluarkan, IHS menyimpulkan bahawa ekonomi zon Eropah mengalami kemerosotan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam aktiviti perniagaan pada bulan Mac ketika wabak Covid 19 semakin menular.

Data yang dikeluarkan pada hari Selasa menunjukkan tijauan PMI bagi zon Eropah jatuh dari bacaan 51.6 pada bulan Februari kepada bacaan 31.4 pada bulan Mac. Kajian PMI ini digunakan bagi mengukur aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan di zon Eropah yang merangkumi 19 negara.

Ini adalah kejatuhan bulanan terbesar dalam aktiviti perniagaan sejak pengumpulan data bermula Julai 1998. Sebelum ini bacaan terendah yang dicatat adalah pada bulan Februari 2009 iaitu pada bacaan indeks 36.2.

Bacaan yang dicatat ini jauh tersasar daripada ramalan, dimana Reuter menjangkakan bacaan pada bulan ini adalah pada bacaan 38.8.. Paras bacaan 50 keatas menunjukkan pengembangan dalam sektor perniagaan, manakala bacaan 50 ke bawah adalah sebaliknya iaitu pengucupan.

Peningkatan penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan negara-negara mengambil pendekatan yang ketat bagi membendung merebaknya pandemik ini. Penutupan sebilangan sub sektor perniagaan ditutup dan ini memberi impak terhadap industri.

Menurut Ketua Ekonomi Perniagaan di IHS Markit, Chris Williamson, “Aktiviti perniagaan di zon Eropah pada bulan Mac telah jatuh ke paras yaang lebih buruk walaupun semesa puncak krisis kewangan global.”

Sebilangan pakar ekonomi berpendapat bahawa data PMI pada bulan April mungkin akan lebih teruk pada bulan Mac. Pada hari ini menteri-menteri kewangan zon Eropah akan membincangkan langkah-langkah fiskal melalui persidangan video.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat