Aktiviti Profit-Taking Buatkan Bursa Jatuh Pada Awal Minggu

249

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 4.29 mata pada 1,597.68 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,601.97.

Indeks dibuka lemah 2.59 mata pada 1,599.38.

Ia dibuka lemah pada sesi Asia awal minggu ini dengan indeks utama jatuh 0.26% disebabkan aktiviti profit-taking berdasarkan prestasi kukuh Jumaat lepas.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 478 mengatasi untung pada 94, manakala 162 kaunter pula tidak berubah, 1,569 tidak didagangkan dan 25 digantung.

Jumlah perolehan pada 216.26 juta unit bernilai RM123.98 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan kemungkinan prestasi lemah Wall Street memberi kesan kepada sentimen tempatan apabila sektor teknologi Nasdaq turun ke paras 13,000.

Selain itu, larangan Indonesia terhadap eksport minyak sawit bagi mengawal kekurangan minyak masak dalam negeri mungkin meningkatkan sentimen untuk niaga hadapan minyak sawit mentah.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) hilang 3 sen pada RM8.91, Public Bank Bhd susut 2 sen pada RM4.70, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 6 sen pada RM10.24 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd turun 11 sen pada RM6.32 sementara IHH Healthcare Bhd naik 4 sen pada RM6.65.

Saham aktif memperlihatkan SMTrack Bhd susut 0.5 sen pada 8 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) jatuh 3 sen pada RM1.02, MLABS Systems Bhd dan Vortex Consolidated Bhd kekal pada 3 sen dan 18.5 sen sementara Jaya Tiasa Holdings Bhd naik 8 sen pada RM1.20.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menurun 42.62 mata pada 11,085.37, indeks FBM Emas melemah 46.02 mata pada 11,438.03, indeks FBM Emas Shariah berkurang 43.05 mata pada 12,046.15, FBM 70 merundum 105.16 mata pada 13,663.43 dan FBM ACE mengecut 52.35 mat pada 5,673.01.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengecil 2.24 mata pada 212.51, indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 68.51 mata pada 16,779.69 dan indeks Perladangan mengumpul 214.89 mata pada 8,812.76.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat