Aktiviti Profit-Taking Di Penghujung Mei Buat Bursa Kekal ‘Terluka’

141

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.97 mata pada 1,538.05 daripada penutupan hari Isnin pada 1,543.02.

Indeks dibuka rendah 1.33 mata pada 1,544.35.

Bursa dibuka merah, memanjangkan aktiviti profit-taking pada kebanyakan indeks yang diterajui oleh perkhidmatan kewangan dan perladangan semasa sentimen pasaran memulih didorong oleh kelonggaran sekatan Covid di China muncul.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 208 mengatasi kaunter untung pada 184, manakala 235 kaunter pula tidak berubah, 1,652 tidak didagangkan dan 42 digantung.

Jumlah perolehan pada 210.74 juta unit bernilai RM117.82 juta.

Nota Rakuten Trade Sdn Bhd menyatakan ketiadaan pemangkin baru dalam pembelian baharu akan menyaksikan indeks berlegar dalam julat 1,540 dan 1,550.

Dalam pada itu, ringgit dilihat meningkat berbanding US dolar pada 4.36 daripada paras tertinggi 4.40 pada 18 Mei ketika harga minyak mentah terus mencanak.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd hilang 2 sen pada RM8.96 dan RM9.98, Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.58 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut 6 sen pada RM9.19 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.55.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Green Packet Bhd kekal pada 99 sen dan 8 sen, Serba Dinamik Holdings Bhd turun 1 sen pada 10 sen dan Sapura Energy Bhd susut 0.5 sen pada 8 sen sementara Priceworth International Bhd tambah 1.5 sen pada 15.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE merosot 23.72 mata pada 5,172.45, indeks FBM Emas Shariah menurun 27.59 mata pada 11,357.68, indeks FBM Emas menyusut 22.86 mata pada 10,968.31 dan indeks FBMT 100 menjunam 22.65 mata pada 10,668.05 sementara FBM 70 meningkat 20.11 mata pada 13,134.21.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 0.82 mata pada 198.93, indeks Perladangan menyusut 54.17 mata pada 7,888.60 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 32.50 mata pada 16,569.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat