Alahai! Bursa Dibuka Tinggi Namun Berundur Pada Akhir Minggu

193

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.02 mata pada 1,597.29 daripada penutupan hari Khamis pada 1,597.31.

Indeks dibuka kukuh 4.71 mata pada 1,602.02.

Ia dibuka tinggi hasil sebelum ia berundur sedikit apabila penurunan terhadap keyakinan pelabur ekoran ketiadaan pemangkin pasaran baharu.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 219 mengatasi rugi pada 130, manakala 266 kaunter pula tidak berubah, 1,673 tidak didagangkan dan 67 digantung.

Jumlah perolehan pada 185.11 juta unit bernilai RM95.65 juta.

Nota Rakuten Trade Sdn Bhd menyatakan laporan korporat yang kukuh membantu lantunan kukuh di Wall Street semalam.

Selain itu, mereka menjangkakan beberapa aktiviti penjualan bakal muncul di bursa tempatan menjelang penutupan 3 hari sempena Hari Raya, maka indeks mungkin berada di paras 1,590-1,600 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 1 sen pada RM9.03, IHH Healthcare Bhd hilang 5 sen pada RM6.60, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.72 dan Petronas Chemicals Group Bhd capai 12 sen pada RM10.22 sementara CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM5.19.

Saham aktif memperlihatkan Euro Holdings Bhd naik 5.5 sen pada 23 sen, Vortex Consolidated Bhd tambah 1 sen pada 19 sen, PUC Bhd kumpul 1.5 sen pada 12.5 sen dan YTL Corp Bhd lonjak 2.5 sen pada 62 sen sementara Anzo Holdings Bhd hilang 0.5 sen pada 1 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 30.57 mata pada 5,616.34, FBM 70 memacu 37.52 mata pada 13,748.79, indeks FBM Emas mengembang 7.72 mata pada 11,443.21, indeks FBMT 100 Index mengukuh 6.97 mata pada 11,099.35 dan indeks FBM Emas Shariah mencapai 2.73 mata pada 11,993.27.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 11.89 mata pada 16,923.36 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 0.71 mata pada 210.13 sementara indeks Perladangan mengurang 16.29 mata pada 8,768.62.

Nota penulis:

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Intraday.my titipkan,
Buat pembaca dan kenalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat