Alamak! 7 Akaun Twitter Influencers Kripto Telah Disekat!

698

Berita duka buat pengikut akaun kripto di Twitter apabila laman media sosial itu telah menyekat beberapa akaun yang berkait rapat dengan matawang kripto.

Sekurang-kurangnya 7 akaun influencers dalam industri kripto telah disekat dan perkara itu mula disedari oleh beberapa pengguna Twitter pada awal pagi hari ini.

Twitter mendakwa mereka telah melanggar peraturan yang telah digariskan berdasarkan pada paparan yang muncul apabila membuka laman profil mereka: “Twitter suspends accounts which violate the Twitter Rules“.

Antara yang disekat termasuklah: @woonomic, @100trillionUSD, @mmcrypto, @wsbchairman, @themooncarl, @TheCryptoDog, @KoroushAK.

Bagaimanapun, akaun @woonomic yang dimiliki oleh Willy Woo dan @100trillionUSD (PlanB) sudah boleh diakses manakala yang lain masih disekat.

Sehingga sekarang pihak Twitter masih belum beri sebarang penjelasann susulan daripada tindakan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat