Alamak! Berlambak Pasangan Kripto Dibuang Binance!

397

“Lain macam, memang benci betul Binance dengan BUSD.”

Bursa gergasi mata wang kripto Binance bakal mengalih keluar pasangan dagangan margin terpilih pada Binance Margin, antaranya adalah Cardano (ADA), Polygon (MATIC), Avalanche (AVAX), Bitcoin Cash (BCH), Chainlink (LINK), Shiba Inu (SHIB) dan Dogecoin (DOGE).

Dalam pengumuman rasminya semalam, Binance yang bakal menyingkirkan pasangan cross-margin* dan isolated-margin** pada 9 November 2023 akan tutup positions, menjalankan penyelesaian automatik dan batalkan semua orders belum selesai.

*Taktik pengurusan risiko dalam perdagangan kripto di mana pedagang menggunakan keseluruhan baki akaunnya sebagai cagaran untuk open positions mereka

**Strategi pengurusan risiko di mana peniaga memperuntukkan sejumlah cagaran kepada setiap positions individu yang mereka buka

Jadi di sini dapat dilihat Binance akan mengalih keluar beberapa pasangan margin kripto utama seperti BCH/BUSD, ADA/BUSD, AVAX/BUSD, BCH/BUSD, DOGE/BUSD, DOT/BUSD, FIL/BUSD, LINK/BUSD, LTC/BUSD, MATIC/BUSD dan SHIB/BUSD.

Bukan itu sahaja, AGIX/BUSD, APE/BUSD, BAKE/BUSD, FRONT/BUSD, GALA/BUSD, LUNA/BUSD, LUNC/BUSD, OP/BUSD, RUNE/BUSD, TRB/BUSD, USTC/BUSD, XLM /BUSD dan YGG/BUSD turut akan disingkirkan.

Langkah tersebut adalah sebagai sebahagian daripada strategi Binance untuk menamatkan sepenuhnya sokongan stablecoin BUSD menjelang Februari 2024.

Oleh demikian, pengguna tidak akan dapat melakukan peminjaman isolated-margin untuk kripto disebutkan di atas itu mulai 3 November 2023.

Pengguna dinasihatkan untuk tutup positions atau memindahkan aset mereka daripada Margin Wallets kepada Spot Wallet sebelum pemberhentian dagangan margin susulan pengguna tidak akan dapat mengemas kini positions semasa proses penyahsenaraian berlaku.

Bukan itu sahaja, pengguna juga diminta untuk menutup positions masing-masing seterusnya memindahkan aset pada spot wallet untuk mengelakkan sebarang potensi kerugian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat