Alamak Bursa ‘Terciduk’, Apa Kes Ni?

250

Data keluaran dalam negara kasar (GDP) negara yang kukuh gagal menampung kebimbangan pilihan raya umum untuk pembukaan lemah di Bursa Malaysia.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.78 mata pada 1,468.99 sebelum turun 3.15 mata pada 1,465.06 berbanding penutupan Jumaat pada 1,468.21.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 150 atasi kerugian pada 114, manakala 248 kaunter pula tidak berubah, 1,813 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 114.81 juta unit bernilai RM39.16 juta.

Jelas Kenanga Research, pelabur dilihat menantikan Pilihan Raya Umum ke-15 (GE15) sebelum membuat sebarang pergerakan di Bursa Malaysia sungguhpun indeks ditutup tinggi 1.27% pada 1,468.21 selepas terbitan data GDP.

Lantaran itu, pelabur dijangka akan kurang membeli pada bursa sepanjang minggu ini sehingga GE15 selesai.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM8.60 dan Petronas Chemicals Group Bhd mendatar pada RM8.73 sementara Public Bank Bhd turun 2 sen pada RM4.43, CIMB Group Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd susut 3 sen pada RM5.49 dan RM5.97.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd susut 0.5 sen pada 13 sen, Ta Win Holdings Bhd jatuh 0.5 sen pada 8 sen dan Lambo Group Bhd turun 1.5 sen pada 4 sen sementara Techna-X Bhd naik 1 sen pada 3.5 sen dan Jade Marvel Group Bhd tambah 0.5 sen pada 28.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah susut 8.2 mata pada 10,521.38, indeks FBM Emas turun 10.17 mata pada 10,406.73, indeks FBMT 100 kuncup 12.1 mata pada 10,139.49 sementara FBM 70 tambah 24.32 mata pada 12,396.34 dan FBM ACE naik 4.6 mata pada 5,097.91.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 28.5 mata pada 16,324.73, indeks Perladangan jatuh 37.28 mata pada 6,865.45 sementara indeks Tenaga raih 3.42 mata pada 727.74 dan indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 0.5 mata pada 179.9.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat